Saturday, April 11, 2009

cerita matahari.

salam.

"kenapa kamu tidak tersenyum pagi ini wahai budak kecilku?"tanya sang matahari.

"kerana cahaya pagi belum sampai ke mata saya wahai sang mentari pagi"jawab si budak kecil yang pipinya tembam.

si matahari bertanya lagi,"bukankah aku telah muncul di celahan tingkap kamu pagi ini?tidak cukupkah cahaya aku yang mampu menerangkan satu semesta ini untuk kamu?"

"bukan!bukan itu maksudku wahai sang matahari.kamu tidak pernah lupa,juga tidak pernah jemu menjengahku.cahaya kamu adalah satu nikmat untuk aku.malah,kamu yang aku tunggu-tunggu bila tiba musim dingin itu.kamu tidak pernah alpa.tidak sekali-sekali".ayat si budak kecil ini makin perlahan tanda kesedihan....

"kamu masih bersedih?mengapa?"

"masih hendak tahu?kamu ikhlas mendengar?"budak kecil itu akhirnya membuka ruang.

"sepenuh hati".jawab si matahari.

"duduk,aku khabarkan.dulu,selain kamu yang menebarkan cahaya di waktu pagi,terdapat juga cahaya lain yang membuat aku tersenyum.tetapi senyuman aku ini berbeza.ianya lahir dari dalam hati.cahaya ini juga membuat hari aku bermakna.aku tidak perlu cahaya lain kerana ia cukup terang untuk menemani ku sepanjang hari....namun sekarang,cahaya itu makin hari makin kelam.jarang sekali menjengah pagiku.jarang sekali menemani hariku.aku rindu sekali"

"owh begitu.aku simpati.pernahkan kamu khabarkan apa yang kamu rasa kepada pemberi cahaya itu?"

"aku malu!sebelum ini bila cahaya itu makin pudar,akan aku bisikkan padanya yang aku menunggu cahayanya.aku perlu cahaya itu.lantas dia akn muncul kembali buat aku tersenyum kesekian kalinya.tetapi aku selalu meminta sehinggakan aku malu untuk menagih lagi.

"mahukan aku menggandakan cahayaku buat kamu agar bisa membuat kamu tersenyum lagi?"

"kamu terlalu baik sang mentari.tetapi walau ke takat lebur sekalipun cahaya kamu,tidak sehangat cahaya yang aku tunggu-tunggu itu.....dia berbeza.tapi tidak mengapa wahai sang mentari,mungkin dengan tiadanya cahaya itu,aku akan lebih menghargai kamu,pemberi cahaya agung yang tidak pernah lupa dan pemurah.mahu jadi sahabat aku?"

"bukankah kamu sudah lama aku anggap sahabat?"

ya,wahai mentari.kau mmg sahabat sejak aku mula mengenal dunia.akulah sebenarnya yang terlupa.

1 comment:

DAISY said...

a very touching piece!