Monday, June 22, 2009

.jangan tunggu lama-lama.

salam.

sila bertahan dengan saya untuk hari ini.saya akn berbahasa melayu sepenuhnya.bahasa inggeris tak meningkat.bahasa melayu semakin cacat(bak kata sarah amin).apa nak jadi ni?
hari ini agak tertekan.belom sampai tahap kemurungan lagi,alhamdulillah.

rasa mahu sahaja menelefon bonda tercinta dan nyet..nyet..nyet...sampai lebam,tapi beliau mesti di alam mimpi.ah,kalaulah saya menelaah dari awal mungkin situasi bukan seteruk ini.tadi berborak sebentar bersama incik ichigo yang berlabuh di hakata sana,rasa agak keberatan mahu membebankan beliau dengan tekanan2 saya memandangkan dia juga mempunyai tekanan nya sendiri.apatah lagi mereka sekapal dikuarantin kerana H1N1 yg mkin mengganas.mencegah lebih baik bukan?ahh,abaikan sahaja ya.

hari ini kata-kata professor saya tengiang-ngiang di telinga."ladies,don't wait till the end".berulang-ulang kali beliau mengulang ayat yang sama sambil memberi senyuman penuh makna dan mata yang penuh mengharap kepada kami gadis-gadis panas(haha)supaya kami tidak mengabaikan nasihat beliau.

agak-agak kalian lah...apakah maksud tersirat di situ?

cuba lihat statistik ini....

prevalence of infertility


25-29 yrs: 5.5%

30-34 yrs: 9.4%

35-39 yrs: 19.7%

wpun figura di atas tidak kelihatan begitu keterlaluan,cuba fikirkan kembali.signifikasinya sgt tinggi lebih-lebih lagi apabila umur makin meningkat.(owh ayat mcm indon,maafkan)

dan di eropah,1 dari 7 pasangan adalah mandul.anda mengerti sekarang?

saya bukanlah seorang yang mesra kanak-kanak.apatah lagi bayi.saya juga mungkin akn mengambil masa untuk menjadi ibu suatu hari nanti.maksud saya merancang keluarga.saya perlu masa membangunkan kerjaya saya.saya juga perlu masa mengenali suami saya dengan lebih mendalam.itu adalah rancangan asal.w'pun tuhan sahaja yang tahu bila saya akan berkahwin tetapi saya sudah mempunyai rancangan masa depan.mst ada yang tersenyum sinis apabila bercakap seperti ini.cuba fikir,di umur ini,generasi atas mungkin sudah beranak pinak.oleh itu saya merasakan perlu untuk berfikir sejenak.saya perlu betul-betul bersedia.menjadi seorang ibu bukan perkara senang.hidup terlalu berharga untuk diambil mudah.cuma kata-kata profesor saya membuatkan saya terus berfikir.

hurm...minggu ini saya ada peperiksaan besar.obstetric and gynaaecology.jumaat dan sabtu.oleh itu saya memerlukan doa semua pembaca blog ini agar saya dpt mengharungi peperiksaan dengan tenang dan jayanya.owh lagi satu,saya akan pulang ke malaysia pada ahad sehari selepas peperiksaan.jom jumpa!=D

1 comment:

aiNi said...

dont worry jeem,u'l do great..stay calm,relax..

omg,dh nk blk msia!! heeee