Saturday, November 28, 2009
kembali.
salam.
aku seperti kelkatu,
menunggu malam untuk bertemu,
menghadap siang yang penuh liku,
dengan harapan setinggi gunung,
menyapa bulan cantik sinarnya.
mahu saja aku beradu sepanjang hari,
agar bila celik sahaja mata ini,
walaupun gelap gelita makna malam itu,
bulan,kau cerah kan ia,
kau taburkan cahaya,
kau bawa pergi duka.
tatkala bila kamu kembali,
malam aku menjadi siang,
penuh warna selain cahaya,
mimpi aku tiada lagi yg ngeri
bersama sayap aku terbang,
menari-nari di langit malam.
mimpi.
mimpi sahaja itu semua.
aku masih membuka mata,
bersama suram mentari senja,
bersama dingin angin menyapa muka,
bersama penantian yang tak kunjung tiba.
benarkah kamu telah kembali?
kerana aku masih mencari,
masih aku gagal jejaki,
kalau ada pun cahaya mu bulan,
samarnya ia dilindung awan,
suramnya ia dikekang malam.
jangan biar kelkatu itu terbang,
pulang ke sarang dengan tangisan
kerana belum tentu bulan yang menjdi pujaan,
akan tegar menjadi sebutan,
agar terus kekal dalam ingatan,
jikalau air mata menjadi teman,
hati dan perasaan menjadi taruhan.
----------------------------------------------------------------------------------------
just feeling a lil bit melancholy tonight.
good nite dublin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment